Pages

Monday 17 October 2011

BERLUMBA LUMBA MAHU MENJADI PEMIMPIN PARTI PARTI POLITIK?.

        Jika kita kaji bentuk politik dahulu berbanding sekarang, amat jauh beza rentak tarinya, lenggang lenggoknya, jika dahulu orang berpolitik mahu menuntut  kemerdekaan, jika ketika itu kita maseh di jajah, jika kita tidak di jajah sekali pun waktu itu, mungkin kita mahu  bebas dari duduk di kawal oleh orang lain, dalam erti kata kita mahu bebas mencorakkan negara kita sendiri. Kita sepakat dalam semua tuntutan, semua melayu bersatu hati, sanggup mengadai nyawa, sanggup menghabiskan harta benda bersama, yang tiada apa, tapi maseh membantu dengan keringat. semua nya dalam satu nada,dalam satu kumpulan untuk menuntut kebebasan. bagi mencorakkan negara ini dengan cara kita sendiri. tiada lain yang di impikan waktu itu, semuanya senada menyokong siapa yang menjadi pemimpin,tiada bantahan, tiada kroni yang pastinya tiada perkara untuk di rebutkan didalam negara yang terumbang ambing, huruhara angkara kominis juga beberapa faktor lain?. itu dulu dulu!!!


Saudara bandingkan keadaan di atas dengan keadaan sekarang ini?, dalam setiap parti politik yang ada di negara kita bagaimana bagi pandangan anda?, dalam keadaan negara kita yang telah melalui proses kemerdekaan hingga kesaat ini, banyak perubahan, dari sosio ekonomi rakyat, pembangunan, juga pendapat kerajaan dari GLC yang di bina selepas kita merdeka, siapa yang tak mahu untuk menjadi pemimpin parti yang memerintah?, ini bukan perkara perkara di ada adakan, cuba bayang kan, jika jawatan tidak boleh memberi kesenangan kepada pemimpin pemimpin, hendak kah mereka menawar atau menerima jawatan tersebut?, jika zaman dahulu mahu menjadi pemimpin, mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri, berkongsi dengan orang lain untuk menjalankan aktiviti parti, tetapi zaman sekarang, untuk mendapat tempat dan jawatan dalam parti politik, wang kena labur dahulu, baru jawatan kita perolehi dan mempunyai kuasa, barulah kita mencari kekayaan untuk kita memberi pula kepada penyokong penyokong, agar menang lagi dalam pemilihan jawatan untuk  tahun yang mendatang, dan begitu lah seterusnya hinggalah berakhirnya riwayat sesebuah parti politik, yang mana gilirannya sekarang ini ialah umno, di sebabkan tindak tanduk setiap pemimpin yang mencari kenuntugan dari jawatan yang di perolehi, mereka tak sedar, bahawa jawatan yang di sandang adalah pemberian oleh rakyat, pemimpin tertinggi satu hal, mengaut keuntugan dari projek mega, pempin pertengah, mengaut keuntugan dari projek serdahana, sebagi contoh projek jalan raya, seolah olah mereka memberi perojek atau mengadakan projek tertentu, ada tujuan memberikan kekayaan pada sesaorang, jika mengadakan tender terbuka mungkin kroni tidak dapat  tender tersebut, di adakan runding terus, perbalanjaan lagi tinggi, kerana banyak tempat untuk di agehkan?, duit siapa semua ini?, duit mak bapak kita kah?.


        Banyak yang tak telus, baik pemimpin yang paling atas sekali, bawa lah yang paling bawah dalam politik umno ini, tidak terfikirkah para pemimpin, jika perbelanjaan untuk menyambut DSN datang merasmi mesyuarat agung umno hampir mencecah RM600K di habiskan begitu sahaja, tak salah nak menyambut pemimpin, tapi jangan berbelanja di luar jangkaan harga sebenar, siapa yang untung dalam perkara ini?, begitu juga perbelanjaan raja datang melawat, kenapa harus kita menghabiskan sebegitu banyak duit untuk melaksanakan program tersebut, siapa yang untung, yang datang hanya beberapa jam tapi duit kerajaan di belanja sewenag wenangnya., lebih baik duit sebanyak itu di gunakan untuk rakyat dari di beri kepada pemimpin pemimpin umno yang tamak, Rakyat memandang dan becerita tentang perkara perkara yang membazirkan duit rakyat ini, politik hanya memberikan kekayaan kepada ahli ahli politik, pemimpin pemimpin kerajaan sahaja, itu sebenarnya yang di dahulukan, pencapaian di tolak ketepi, jika ada kuasa, semua boleh di lakukan dengan sesuka hati, boleh dapat tanah yang banyak, dapat lombong bijih, dapat kontrek berjuta malah bilion bilion, ini bukan di tujukan pada pemimpin kerajaan bn semata mata, dengan jawatan yb semua boleh memiliki kekayaan?, kita dapat lihat dengan jelas yang hampir dengan kita, kita tengok sahaja dato Besar Menteri?, jika beliau beri duit pada sesiapa yang beliau nak beri, beliau tak beri rm50 ne, beliau beri ribu ribu, datang jer ke pejabatnya, cerita lebih kurang, dekat nak balik, ulur sampul surat?, duit datang dari mana beliau beri?, bukan dia boleh cop sendiri?, duit tersebut dari duit harta rakyat yang di perolehi dari sumber hasil mahsul yang sepatutnya dimasukan ke perbendaharaan negeri, begitu lah juga pemimpin lain, dari atas sekali sampai lah ke bawah, termasuk yang disekeliling para pemimpin pemimpin di peringkat bahagian, mereka ada cara tersendiri untuk membuat keuntungan dari peruntukan ahli perlimen mau pun dun, jadi yang sebenarnya kekayaan dan harta lah yang menyebabkan pemimpin pemimpin kita lupa diri, lupa segala galanya, mereka hanya ingat kepada penyokong ponyokong mereka yang sepatutnya di beri makan, untuk memenang kan mereka dalam pemilihan parti akan datang, sehingga mereka terlupa bahawa rakyat yang mengundi lebih ramai lagi dari ahli ahli parti mereka, JIKA RAKYAT TELAH JEMU, BOSAN ,MUAK DAN MENYAMPAHKAN PERANGAI AHLI AHLI POLITIK SEDEMEKIAN, JANGAN MARAHKAN RAKYAT, KERANA ANDA HANYA MENJAGA KELOMPOK AHLI AHLI PARTI SAUDARA SAHAJA. RENUNG RENUNG KAN LAH, JIKA SEMUA AHLI AHLI PARTI ANDA MENGUNDI ANDA DI PILIHANRAYA NANTI, ANDA AKAN MENANG, OLEH ITU TAK PERLU LAH ANDA BERUBAH?

No comments:

Post a Comment