Pages

Monday 17 October 2011

BERLUMBA LUMBA MAHU MENJADI PEMIMPIN PARTI PARTI POLITIK?.

        Jika kita kaji bentuk politik dahulu berbanding sekarang, amat jauh beza rentak tarinya, lenggang lenggoknya, jika dahulu orang berpolitik mahu menuntut  kemerdekaan, jika ketika itu kita maseh di jajah, jika kita tidak di jajah sekali pun waktu itu, mungkin kita mahu  bebas dari duduk di kawal oleh orang lain, dalam erti kata kita mahu bebas mencorakkan negara kita sendiri. Kita sepakat dalam semua tuntutan, semua melayu bersatu hati, sanggup mengadai nyawa, sanggup menghabiskan harta benda bersama, yang tiada apa, tapi maseh membantu dengan keringat. semua nya dalam satu nada,dalam satu kumpulan untuk menuntut kebebasan. bagi mencorakkan negara ini dengan cara kita sendiri. tiada lain yang di impikan waktu itu, semuanya senada menyokong siapa yang menjadi pemimpin,tiada bantahan, tiada kroni yang pastinya tiada perkara untuk di rebutkan didalam negara yang terumbang ambing, huruhara angkara kominis juga beberapa faktor lain?. itu dulu dulu!!!


Saudara bandingkan keadaan di atas dengan keadaan sekarang ini?, dalam setiap parti politik yang ada di negara kita bagaimana bagi pandangan anda?, dalam keadaan negara kita yang telah melalui proses kemerdekaan hingga kesaat ini, banyak perubahan, dari sosio ekonomi rakyat, pembangunan, juga pendapat kerajaan dari GLC yang di bina selepas kita merdeka, siapa yang tak mahu untuk menjadi pemimpin parti yang memerintah?, ini bukan perkara perkara di ada adakan, cuba bayang kan, jika jawatan tidak boleh memberi kesenangan kepada pemimpin pemimpin, hendak kah mereka menawar atau menerima jawatan tersebut?, jika zaman dahulu mahu menjadi pemimpin, mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri, berkongsi dengan orang lain untuk menjalankan aktiviti parti, tetapi zaman sekarang, untuk mendapat tempat dan jawatan dalam parti politik, wang kena labur dahulu, baru jawatan kita perolehi dan mempunyai kuasa, barulah kita mencari kekayaan untuk kita memberi pula kepada penyokong penyokong, agar menang lagi dalam pemilihan jawatan untuk  tahun yang mendatang, dan begitu lah seterusnya hinggalah berakhirnya riwayat sesebuah parti politik, yang mana gilirannya sekarang ini ialah umno, di sebabkan tindak tanduk setiap pemimpin yang mencari kenuntugan dari jawatan yang di perolehi, mereka tak sedar, bahawa jawatan yang di sandang adalah pemberian oleh rakyat, pemimpin tertinggi satu hal, mengaut keuntugan dari projek mega, pempin pertengah, mengaut keuntugan dari projek serdahana, sebagi contoh projek jalan raya, seolah olah mereka memberi perojek atau mengadakan projek tertentu, ada tujuan memberikan kekayaan pada sesaorang, jika mengadakan tender terbuka mungkin kroni tidak dapat  tender tersebut, di adakan runding terus, perbalanjaan lagi tinggi, kerana banyak tempat untuk di agehkan?, duit siapa semua ini?, duit mak bapak kita kah?.


        Banyak yang tak telus, baik pemimpin yang paling atas sekali, bawa lah yang paling bawah dalam politik umno ini, tidak terfikirkah para pemimpin, jika perbelanjaan untuk menyambut DSN datang merasmi mesyuarat agung umno hampir mencecah RM600K di habiskan begitu sahaja, tak salah nak menyambut pemimpin, tapi jangan berbelanja di luar jangkaan harga sebenar, siapa yang untung dalam perkara ini?, begitu juga perbelanjaan raja datang melawat, kenapa harus kita menghabiskan sebegitu banyak duit untuk melaksanakan program tersebut, siapa yang untung, yang datang hanya beberapa jam tapi duit kerajaan di belanja sewenag wenangnya., lebih baik duit sebanyak itu di gunakan untuk rakyat dari di beri kepada pemimpin pemimpin umno yang tamak, Rakyat memandang dan becerita tentang perkara perkara yang membazirkan duit rakyat ini, politik hanya memberikan kekayaan kepada ahli ahli politik, pemimpin pemimpin kerajaan sahaja, itu sebenarnya yang di dahulukan, pencapaian di tolak ketepi, jika ada kuasa, semua boleh di lakukan dengan sesuka hati, boleh dapat tanah yang banyak, dapat lombong bijih, dapat kontrek berjuta malah bilion bilion, ini bukan di tujukan pada pemimpin kerajaan bn semata mata, dengan jawatan yb semua boleh memiliki kekayaan?, kita dapat lihat dengan jelas yang hampir dengan kita, kita tengok sahaja dato Besar Menteri?, jika beliau beri duit pada sesiapa yang beliau nak beri, beliau tak beri rm50 ne, beliau beri ribu ribu, datang jer ke pejabatnya, cerita lebih kurang, dekat nak balik, ulur sampul surat?, duit datang dari mana beliau beri?, bukan dia boleh cop sendiri?, duit tersebut dari duit harta rakyat yang di perolehi dari sumber hasil mahsul yang sepatutnya dimasukan ke perbendaharaan negeri, begitu lah juga pemimpin lain, dari atas sekali sampai lah ke bawah, termasuk yang disekeliling para pemimpin pemimpin di peringkat bahagian, mereka ada cara tersendiri untuk membuat keuntungan dari peruntukan ahli perlimen mau pun dun, jadi yang sebenarnya kekayaan dan harta lah yang menyebabkan pemimpin pemimpin kita lupa diri, lupa segala galanya, mereka hanya ingat kepada penyokong ponyokong mereka yang sepatutnya di beri makan, untuk memenang kan mereka dalam pemilihan parti akan datang, sehingga mereka terlupa bahawa rakyat yang mengundi lebih ramai lagi dari ahli ahli parti mereka, JIKA RAKYAT TELAH JEMU, BOSAN ,MUAK DAN MENYAMPAHKAN PERANGAI AHLI AHLI POLITIK SEDEMEKIAN, JANGAN MARAHKAN RAKYAT, KERANA ANDA HANYA MENJAGA KELOMPOK AHLI AHLI PARTI SAUDARA SAHAJA. RENUNG RENUNG KAN LAH, JIKA SEMUA AHLI AHLI PARTI ANDA MENGUNDI ANDA DI PILIHANRAYA NANTI, ANDA AKAN MENANG, OLEH ITU TAK PERLU LAH ANDA BERUBAH?

Saturday 15 October 2011

KETELUSAN DI SEMUA PERINGKAT.

salam semua, tadi kita dapat melihat PM kita yang di temani oleh ratunya membuat cabutan untuk menentukan pemilikan rumah , rata rata kita dapat dengar para peserta yang layak dapat berpuashati dengan proses pemberian rumah tersebut, mereka berkata lot di beri mengikut cabutan, dan di pantau oleh juru audit bertauliah, setelah semua permohanan peringkat pertama di buka untuk tawaran, di dapati permohonan melebehi tawaran rumah yang sedia ada di peringkat pertama ini. kemungkinan rasa tak puashati oleh mereka mereka yang belum ada rezeki untuk mendapatkan rumah tersebut rasanya berkurangan, pehak kerajaan telah berjanji untuk membina banyak lagi projek sedemikian rupa untuk keperluan rakyat berpendapatan serdahana  di bandar bandar besar lain.

        Pada hari ini juga dalam pertemuan dailog diantara blogger dengan pehak tertinggi umno khususnya TUK NAN, ada mengatakan bahawa pehak parti sudah menpunyai kesedaran tentang berlakunya unsur unsur keserongan, baik di dalam parti,dalam kerajaan mau pun pada pemimpin pemimpin, perubahan mereka janjikan, ketelusan akan di utamakan di semua peringkat.

        Jadi sudah sampailah madsanya bagi pehak kerajaan khususnya UMNO yang menerajui bn mempunyai ketelusan didalam semua bidang yang melibat kan pengunaan kuasa, ia juaga meliputi kaki tangan kerajaan di semua kementerian semestinya TELUS dalam semua tindakan, telus dalam pengurusan tender, tak kira sebesar mana tender tersebut ianya wajib di lakukan secara tender terbuka, tiada monopoli atau secara runding terus, Begitu lah juga pengurusan peruntukan yang di berikan kepada ahli ahli yang berhurmat, ianya hendaklah di pergukan sebaik mungkin, tidak seperti lazimnya, yang kaya adalah orang kanan dan juak juak yb belaka.

         Adalah di cadangkan bahawa apabila setiap pemimpin yang membuat lawatan kerja ke satu tempat, tak payah lah di sambut dengan amat meriah, membazirkan duit sahaja, sebagai contoh lawatan PM kita ke Jerantut untum perasmian perhimpunan umno bahagian jerantut yang lalu, dari cerita yang boleh di percayai, pehak umno namanya, tapi kerajaan yang mengeluarkan semua perbelanjaan sebanyak hampirrm600 ribu, cuba bayangkan, duit sebanyak itu di habiskan tak sampai 4 jam program berjalan, banyak benda benda lain yang boleh di menafaatkan dengan peruntukan sebanyak itu?, berlakunya perbelanjaan yang melampaui batas tersebut, kerana adanya berlaku keserongan dalam kepimpinan bahagian umno jerantut, ianya di dalangi oleh orang orang yang berkepentingan untuk mencari kekayaan melalui parti?, maka terjadi lah yang mana biro biro membuat tuntutan melampau, dengan khabr, untuk membeli bendera sahaja memerlukan peruntukan sebanyak rm60,000, logik atau tidak?, bendera  dan bina entah beberapa helai sahaja di pasangkan?. belum termasuk untuk tempahan makanan ,peralatan dan bermacam macam lagi, mereka yang melakukan ini semua sudah pakar dalam bidang masing masing dan mempunyai pertalian antara mereka, tapi ini juga tidak mendapat perhatian dari ketua bahagian atau adnan sendiri?.

           Begitu juga dalam ketelusan pemberian harta kerajaan, seperti rumah kos rendah, saham felcra mau pun tanah, contoh, rumah kos rendah, berapa ramai para kontrektor yang dapat menduduki rumah 410, semua kaya kaya, ada motor besar,ada kereta besar, malah sesetengahnya buat pejabat sahaja, kita jangan mempersoalkan pasal kota yang berhurmat dalam pengagihan perkara perkara tersebut, jika para pehak berkuasa memberikan kepada yang sepatutnya atau yang mempunyai hak dalam syarat di tetapkan oleh peraturan rakyat lagi akan suka dan gumbira, jadi selepas ini, barang siapa yang akan jadi pemimpin, harus lah telus, berilah kepada yang berhak dapat, jika tanah tidak di pertikaikan sangat kerana untuk memiliki tanah di negeri ini ada syarat syarat yang telah di tetapkan, yang menjadi persoalannya, pemberian rumah kos rendah dan saham felcra?.


          fikir fikir kan lah, jangan cakap jer untuk berubah, untuk melaksanakan ketelusan di semua tindaktanduk dalam kepemimpinan kita, jangan salah kan rakyat, jika rakyat berpaling tadah?